Tuesday, September 23, 2008

Secawan Kopi?




Ermm, tentu pada sesiapa yang membaca akan tertanya² kenapa pilih secawan kopi? kenapa tak secawan teh ke , secawan milo ker? alahai... Jawapannya senang je... sebab aku suka kopi.. hahaha.. sebenarnye selain dari memberi kesegaran mental dan fizikal, bagi aku kalau kita pikir dalam² memang banyak perkara tentang kehidupan kita boleh kaitkan dengannya.Nak contoh? Okey aku bagitau 1 cite tentang kopi nie..

Cerita nie sekadar untuk kita kongsi bersama untuk tambahkan lagi kesedaran dan pengetahuan kite. Semoga kita semua dapat manfaatnya bersama.. Cerita die bermula begini ~~~

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu. Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan salah satu topi yang mereka bualkan adalah rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.

Semasa mereka rancak berbual Professor tersebut masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal. Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, maka professor itu berkata:

"Jika kamu semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan yang tinggal hanyalah cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah perkara biasa kerana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi."

"Apa yang sebenar kamu perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi kamu sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, kamu memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Begitu juga dengan kita seharian. Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

Jadi, nikmatilah kehidupan yang ada...

# kan aku dah cakap kopi nie de kene mengena ngan kehidupan kita.. hehe.. jadi pada sesiapa yang tak paham citer kat atas bacalah sekali lagi pastu bandingkan diri anda dengan cerita tu..

No comments: