Wednesday, September 24, 2008

Merepek seketika..

Pagi yang indah, petang yang nyaman, angin sepoi² bahasa yang bertiup betul² buatkan aku rase aman gile... tambah pulak baru pas hujan.. memang sejuk la rasenyer.. petang nie masih belum plan pape lagi.. member² sume masih lena diulit mimpi (tak tau sampai ke destinasi mane dah) mana tak nyer semalaman "berkipas susah payah mati" menyiapkan assigment.. kirenyer semalam sume 'all out' la katakan.. ahaha.. padahal dah lame dah dapat assigment tu.. tapi al-maklumlah kan.. hehe.. keje banyak mane pon satu malam je siap.. memang power budak² nie.. haha.. anyway congratz to all my friendss... memang expert² tol... petang nie rasenyer tak de mende pon nk blog sebab blom lagi terserempak ngan mende² best.. cume nak kongsi satu cite nie.. bukan rekaan dan bukan khayalan.. series tak tipu.. tanyela sesape expecially pada pemegang² no. "DIGI" nie.. seperti yang kite tau syarikat tepon nie seperti celcom, maxis, digi dan terbaru nie u-mobile kalau tak silap selalu berlumba² untuk memastikan mereka yang terbaik dan terbagus.. 'Perfect' la katakan.. jadi mesti la macam² cara diorang gunekan..

Apa yang nak difokuskan kat sini lebih pada syarikat Digi.. ala yang tema colour die wane kuning tu.. baru² nie ( tak de lah baru sgt.... =p) ... Kajian menunjukkan yang Digi nie (016
atau 014) tidak selamat digunakan. Kenapa?? Apabila anda guna line Digi.. cube try rakamkan dalam camera, dan perhatikan elok-elok... . anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu bewarna kuning akan mangekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan ikut anda
ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, malahan dalam kereta lalu kat terowong pun dia ada gak.

Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek, tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk pergerakan anda! Pada masa yang sama,
mereka akan menari-nari dan menyanyi lagi "I will follow Him" dari filem 'Sister Act 1' yang diubahsuai liriknya.



Makhluk berwarna kuning di kesan di shopping complex..





Ketika bergambar.. (mamat tue x perasan pon 'Jin' digi kat sebelah die)






Dalam pawagam..
(minta maaf kualiti gambar tak elok..paham2 lah, gelapkan..)





Ketika sedang menyanyi .. kenape ade 2??
( budak nie ade 2 hp dan kedua-duanya line Digi..)





Dan yang agak memalukan .. sampai dalam tandas pon 'die' follow..ish3x...




Jadi, berhati-hatilah dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda sedang diperhatikan. Gunalah Maxis atau Celcom, macam aku.

P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi aku lihat sendiri dengan mata aku kat TV baru-baru ini. Kenapa, tak percaya?

No comments: