
Hehe.. tersenyum sendirian time isi ruangan registry.. mane tak nyer.. selalunyer asyik bace blog orang jer tentang "merapu² " nie... akhirnye ke'merapuan' mereka buat aku pon rase nak merapu gak.. hahah.. bak kate orang " kita sering terpengaruh dengan ape yg kita lihat ".. bertahun² sampai berurat² aku cuber memahami penulisan orang lain.. dengan memberi sendiri penilaian terhadap kehidupan. tak penah terlintas untuk membuat blog pasal kehidupan nie.. baguskah aku? layakkah aku untuk menge'post' setiap bebelan? aku sendiri tak tau.. haaha... tapi kali nie aku nekad, biarpun blog nie x sebagus blog² len, biarpun bahasa yang aku gunakan tak seindah dan secantik bahasa ' sasterwan' ataupun ' cikgu bahasa melayu' mahupun ' pensyarah bahasa di mana² ipt'.. arghhh!!! aku nekad gak..sape kisah.. hehe..tapi... aku tak mengharapkan sesiapa pun untuk membaca blog nie jika setiap apa yang aku post disalah anggap sebagai ruang untuk aku membalas hujah.. cukup la sekadar mengisi kepuasan hati tentang apa yang terlintas dipikiran.. yang telah bertahun² aku lirikkan dalam jiwa nie.. yang telah aku jadikan irama dan lagu dalam kehidupan nie.. dan.. tidak akan sesekali aku menidakkan daya takrifan akal² lain yang jauh lebih bernas , lebih hebat, dan lebih maju dalam banyak perkara berbanding aku.. tetapi ini semua adalah lagu dan irama aku..
Berhak untuk aku pertahankan.. berhak untuk aku jadikan ruangan blog ini sebagai medan luahan tentang ape yang terlintas dipikaran ini. dan sekiranya bahasa dan bunyi² an nyer agak kurang memuaskan hati pada sesiapa yang membaca.. aku akan menyatakan ia adalah irama baru yang mempunyai 'genre' nya tersendiri... Yang semata² diatur untuk memenuhi kehendak ku sendiri. jadi 1001 maaf aku pohon awal²
keOrthodokan dalam setiap ruangan ini membuat sesiapa sahaja yang membacanya perlu berfikir sejenak dahulu sebelum dapat menangkap maksudnya.. jika ianya bakal menggusarkan.. bakal membebankan.. jangan la dicaci.. cukuplah sekadar mengutuk di hati.. heee..jangan la pula ia dipuji.. sekadar mengajak minda terbuka untuk sama² mengkaji.. serta berfikir mencari erti..
akhir kata pembuka bicara " Peace Beb".. =)
